Tuesday 25 June 2013

Aku Hamba Yang Curang

Aku Hamba Yang Curang

Tuhan ampunkan diri ku
Kerana aku telah curang pada MU
Aku dua kan cinta MU
Kerana aku telah mencintai dunia
Melebihi cintaku pada MU…

Tuhan
Ampunkan diri ku
Yang sering terjatuh
Dalam dosa yang sama dan kelalaian…

Allah,
Tak pandai aku bersyukur
Jarang aku mensyukuri semua kurniaan MU
Jika aku bertaubat untuk segala dosaku
Mohon KAU terima segala taubatku…

Allah,
Ampunkan diri ku yang sering kali terjatuh
KAU tempat ku menghampar
Segala air mata dan penat lelah di dunia ini…

Allah,
Tak pandai ku syukuri segala nikmat MU
Jika ku kembali saat ini…
MOHON TERIMA TAUBAT KU…