Tuesday 25 June 2013

Aku Hamba Yang Curang

Aku Hamba Yang Curang

Tuhan ampunkan diri ku
Kerana aku telah curang pada MU
Aku dua kan cinta MU
Kerana aku telah mencintai dunia
Melebihi cintaku pada MU…

Tuhan
Ampunkan diri ku
Yang sering terjatuh
Dalam dosa yang sama dan kelalaian…

Allah,
Tak pandai aku bersyukur
Jarang aku mensyukuri semua kurniaan MU
Jika aku bertaubat untuk segala dosaku
Mohon KAU terima segala taubatku…

Allah,
Ampunkan diri ku yang sering kali terjatuh
KAU tempat ku menghampar
Segala air mata dan penat lelah di dunia ini…

Allah,
Tak pandai ku syukuri segala nikmat MU
Jika ku kembali saat ini…
MOHON TERIMA TAUBAT KU…






Tuesday 23 April 2013

KU TUNGGU DIKAU DI PINTU JANNAH


SEBUAH KERINDUAN


Allah
Aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti dia
Aku sangat merindui dia kerana dirinya terlalu istimewa buatku
Biarpun kami hanya lah kenalan biasa namun dia tetap aku nobatkan sebagai teman istimewa..

Allah
Aku sangat merindui dia
Biarpun hadir nya hanya seketika Cuma
Aku masih terbayang kisah kami dimalam liqa pertama
Dia dan aku mula berukhwah dan berjanji saling memberi dan menerima

Allah
Kini, aku terasa dia jauh dariku..entah orbit mana yang memisahkan kami
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku memikirkan adakah ia salahku?
Oh teman..aku rindu hadirmu di setiap usrah kita….

Allah
Tiap masa ku tadahkan tangan hinaku kepadaMU
Memohon di setiap sujudku agar dia dan aku bisa bersatu kembali
Sudah ku tahan kelopak mata dari merembes air duka kerinduan
Namun tidak tertahan rindu pada dia
Sahabatku…andai aku bersalah, tegurlah
Bukan kah kita sudah berjanji mahu berhalaqah bersama di syurga?
Ku tunggu dikau digerbang TARBIAH….






Dedikasi buat Sahabat Tesl



Thursday 14 March 2013

Doodle Comey

Salam....di bawah ini adalah design doodle sahaja. Bagi sesiapa yang berminat boleh terus 'pm' kami di Facebook Ummu Mubarak untuk maklumat lanjut. 

Anda boleh menempah doodle pilihan anda dan diberi peluang menyatakan design dan kata2 semangat pilihan anda untuk dihasilkan sebagai penanda buku, penanda Al-Quran, penghias meja study dan sebagainya.....

Membeli sambil mengislah diri..(^_^)

Harga boleh dirunding berdasarkan tempahan anda..murah je..(^^)

Dakwah is Art...comey kan..jom la hiasi diri dengan  tarbiah dan seni..(^_^)

TEMA ANEKA PILIHAN

 Ukhwah dan Baitul Muslim

Ukhwah Filllah

Khas untuk MOTIVASI diri 

Baitul Muslim yang diredhai Allah

Sopan untuk adik-adik 5tahun ke bawah

Khas  fesyen terkini untuk adik-adik junior

Cute.... daei berstyle 

Doodle Muslimah Comey lotey

Baitul Muslim dan Muslimah

Bercouple after Nikah

Sahabat Hingga Syurga

We are THE MUSLIM OF THE WORLD

Pejuang Cilik

Cute Muslimah girls

Baby cute

INI ADALAH SEBAHAGIAN SAHAJA....BOLEH BUAT DESIGN SENDIRI UTK DILUKIS OLEH ARTIS KAMI...(^_^)

KAMI DAN ANDA, KITA DIKURNIAKAN KELEBIHAN YANG BERBEZA

ALLAH ADIL KAN KAWAN-KAWAN..^^
BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA KITA
DI SAAT SEMANGAT MERUDUM, DI SAAT KEMATIAN AKAL
DIA HADIRKAN ILHAM UNTUK TERUS MENTARBIAH DIRI DAN DITARBIAH....

Monday 11 March 2013

Hebat Nye Allah



Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..
Hayati Dan Fahami…

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. 

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu.

 Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar
. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.


Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah